Salam kesyukuran kepada para sahabat yang saya sanjungi dan hormati.
Selamat menyambut tahun baru 2012. Diharapkan sahabat sekalian telah
menanam AZAM dan ILTIZAM jitu dilubuk hati komited menjayakan era 2012 lebih cantik, lebih sihat,lebih hebat dari tahun tahun lampau..
Sahabat? Itulah istilah yang saya nobatkan kepada anda sekalian mulai
tahun 2012 ini. Istilah Sahabat lebih menghidupkan Gayacara MayFirst
kita yang menjulang Misi Sillaturrahim Membawa Berkat. Sahabat sekalian
berperanan sebagai Stokis, Leaders mahupun ahli Distributors. Pada
hakikinya anda adalah SAHABAT akrab. Kita bersama menjalankan perniagaan
memohon rezeki berlandaskan sunnah Nabi Muhammad SAW. Apa yang lebih dihayati
adalah Sillaturrahim yang kita jalinkan selama ini adalah ibadah
…’komited membawa impak terhadap kesihatan, kecantikan dan kehebatan
terhadap setiap individu yang kita jalinkan Sillaturrahim.’ Visi inilah
yang merangsang perjalanan kita untuk terus Hidup …Sihat.Cantik.Hebat.
Azam dan Iltizam kita mulai tahun 2012 adalah membina KEYAKINAN diri
yang lebih jitu. Untuk mencapai matlamat ini kita akan anjurkan
perancangan strategik berikut:
1. Menghidup dan mewarnai budaya Sillaturrahim dengan lebih meriah. (Asas network marketing MLM adalah Silaturrahim): . Latihan dan Panduan untuk menjayakan konsep duplikasi dan replikasi . Komunikasi, Komunikasi, Komunikasi . Meraikan dan Memotivasi . Peluang pendapatan yang bertepatan
2. Meningkatkan penjenamaan dan pengenalan jenama Mayfirst . Pengiklanan yang efektif . Pemasaran dan "PR" yang interaktif . Promosi Pemasaran . Penguasaan multi-media yang lebih meluas
3. Pemasaran Produk yang berkesan . Fokus kepada Rangkaian Produk Pelangsingan "Slimline" untuk wanita. . Perhebatkan latihan dan promosi produk (Pakej Pelangsingan) . Mengabdikan Pronoton Kopi Hebat sebagai tarikan permulaan. . Pelancaran semula Olive Oleo . Pengenalan produk baru – kesihatan minda . Produk yang mencukupi dan tepat pada waktunya . Produk Berkualiti
4. Perkhidmatan Cemerlang
(sorotan kepada item 1,2,3 seperti diatas) …. Semua aktiviti jabatan
di MayFirst adalah : . Fokus untuk memberi khidmat terbaik kepada SAHABAT
MayFirst . Khidmat Pelanggan yang menghayati kehendak SAHABAT. . Jabatan Operasi ditukar nama kapada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan memberi khidmat penghantaran yang cekap dan lancar. . Bonus dibayar tepat pada jumlah dan masa
5. Multi-media dan IT . Web site dengan maklumat terkini . Mengemaskini e-stokis dan e-distributors (e-sahabat) . Penggunaan Facebook untuk berkomunikasi dua hala dan perkongsian maklumat . Penggunaan e-mail dan telefon yang lebih efektif
Perkongsian halatuju yang saya bentangkan ini menjadi azam dan iltizam
yang saya dan Rakan kerja MayFirst komited mahu menjayakan. Saya akan
meningkatkan kebolehan dan keupayan kami di MayFirst untuk memberi
SAHABAT sekalian khidmat yang lebih baik bermula ditahun 2012 ini. Dan
saya amat YAKIN dengan peningkatan yang diutarakan ini, sahabat akan
bertambah YAKIN untuk memberi yang terbaik bagi memajukan Sillaturrahim
kita yang telah sedia terjalin.
Saya yakin, bila kita beri yang
terbaik, nawaitu yang termaktub sebagai VISI kita ‘komited membawa
impak kepada kesihatan, kecantikan dan kehebatan terhadap setiap
individu yang kita jalinkan Sillaturrahim’ diberkati Allah.
Hidup itu… kita merancang dan lakukan, Allah menentukan. Sama samalah kita berdoa memohon keberkatan dan hidayah NYA. Amiiin.
Komited
membawa impak terhadap Kesihatan, Kecantikan dan sejurusnya Kekayaan
terhadap setiap individu yang kami jalinkan Silaturrahim bersama menuju
destinasi kehidupan yang lebih jaya, lebih ceria dan lebih sempurna
selamanya...
Misi
Hidup itu satu misi...
Menyemai Budi Menuai Bakti...
Ikhlas mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang kami jalinkan
Silaturrahim menerusi pendidikan Ilmu,Iman dan Amal menjadikan hidup
mereka lebih Sihat, lebih Cantik, Lebih Hebat...
Cekal mengagungkan nama MayFirst sebagai syarikat yang prihatin dan
dipercayai serta unggul membekalkan produk penjagaan kesihatan dan
kecantikan berasaskan bahan herba dan semulajadi yang berkualiti tinggi
dan halal menepati citarasa pelanggan
Hidupkan Budaya Gayacara MayFirst yang bertunjangkan integriti
tinggi dan adil dengan mengamalkan Niat Suci, Perilaku Luhur, Budaya
Amanah sebagai paksi Silaturrahim Membawa Berkat...
Hidup itu adalah Fitrah daripada yang Maha Kuasa. Antara Dua Insan, Wujud Silaturrahim Yang Dijalin Menerusi "Memberi dan Menerima" Rezeki Yang Dijamin Allah...
MayFirst Gold Sdn Bhd telah mempunyai lesen sebagai sebuah syarikat Jualan Langsung pada 17/3/2002. Lesen ini telah diperolehi daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
MayFirst sangat prihatin dalam mematuhi peraturan yan telah ditetapkan dalan Akta Jualan Langsung
Pihak syarikat sentiasa memastikan setiap transaksi yang berlaku tidak bertentangan dengan polisi dan prosedur syarikat serta pihak kementerian.
Produk MayFirst telah dibangunkan dengan sistem bekalan yang sangat berkesan untuk memastikan produk yang memenuhi piawaian yang tinggi sahaja dikeluarkan Kawalan yang ketat dikenakan sepanjang proses bermula daripada perolehan bahan mentah sehingga proses pembungkusan dan pengedaran produk
Ujian yang menyeluruh dijalankan untuk memastikan bahawa produk keluaran kami memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan. Dengan adanya tenaga kakitangan yang berdedikasi serta prihatin terhadap kualiti barangan yang dikeluarkan, anda tidak perlu ragu dan was-was terhadap produk yang dipasarkan kepada anda.
Sijil Pengiktirafan
Semua produk keluaran MayFirst telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.Setiap produk yang dikeluarkan telah memenuhi standard yang ditetapkan oleh Kementerian.Oleh itu, semua produk adalah terbukti selamat untuk digunakan
Sijil Halal
Semua Produk MayFirst dijamin Halal.Suci dan Bersih.